Wordpress Vs Blogger

WordPress Vs Blogger – Yang Mana Lebih Baik? (Kelebihan Dan Kekurangan)

Posted on

Kami pernah ditanya oleh beberapa orang peniaga atas talian mengapa mereka harus menggunakan WordPress daripada Blogger.

Roket WP adalah sumber rujukan bagi pengguna WordPress, jadi sudah tentulah kami lebih syorkan anda gunakan WordPress berbanding Blogger.

Di dalam artikel pada kali ini, kami akan buat perbandingan di antara WordPress dan Blogger dari beberapa aspek utama yang mesti ada pada sesuatu laman web.

Kami akan terangkan kelebihan dan kekurangan yang terdapat pada kedua-dua platform ini supaya anda boleh fikirkan yang mana lebih sesuai untuk anda gunakan.

Nota penting: Perbandingan yang kami terangkan ini adalah di antara wordpress.org dan blogger.com, bukan di antara wordpress.com dan blogger.com.

Baca: Perbezaan WordPress.com Dan WordPress.Org

1. Pemilikan

Blogger adalah platform yang dimiliki oleh syarikat teknologi yang terbesar, Google. Ianya adalah percuma, boleh dipercayai dan mempunyai ruangan penyimpanan fail tanpa had.

Google Tech

Walaubagaimanapun, platform ini tidak dimiliki sepenuhnya oleh anda. Google menyediakan perkhidmatan Blogger dan ia boleh ditutup pada bila-bila masa yang mereka mahukan.

Dengan WordPress, anda menggunakan penyedia hosting WordPress untuk hoskan laman web WordPress anda. Anda bebas untuk tentukan berapa lama anda mahu gunakan laman web anda dan bila anda mahu tutup laman web tersebut.

Anda miliki kesemua data dan maklumat laman web anda sepenuhnya. Anda juga dapat mengawal maklumat yang anda kongsikan bersama pihak ketiga.

2. Kawalan

Blogger adalah perkhidmatan yang telah direka dengan baik dan mempunyai tools yang terhad untuk menyempurnakan sesuatu fungsi yang anda mahukan.

Apa yang anda mahu lakukan melalui Blogger adalah terhad dan mustahil untuk memenuhi semua keperluan anda.

WordPress adalah aplikasi sumber terbuka, jadi anda boleh tambahkan apa-apa fungsi mengikut keperluan anda. Terdapat ribuan plugin WordPress yang disediakan secara percuma untuk memenuhi setiap keperluan pemilik laman web seperti menambah kedai atas talian ke laman web, menyediakan portfolio, blog dan sebagainya.

Jika dibandingkan antara WordPress dan Blogger untuk laman web bisnes, WordPress adalah platform terbaik bagi pemilik bisnes yang serius untuk menjalankan bisnes dalam jangka masa yang panjang.

3. Penampilan

Blogger menawarkan template yang terhad untuk digunakan. Anda boleh menukar warna yang anda mahukan tetapi anda tidak boleh membuat pengubahsuaian sendiri.

Terdapat pihak yang menjual template Blogger tetapi kebanyakannya adalah berkualiti rendah.

Terdapat beribu template percuma dan premium jika anda menggunakan WordPress di mana anda boleh hasilkan laman web yang sangat cantik.

Ada juga pihak yang menawarkan satu tema WordPress yang boleh hasilkan pelbagai jenis laman web.

Tidak kiralah apa tujuan laman web anda, terdapat pelbagai tema yang sesuai dan boleh diubah mengikut citarasa anda sendiri.

4. Keselamatan

Google menyediakan keselamatan yang amat ketat sekiranya anda menggunakan Blogger. Anda tidak perlu risau untuk menguruskan sumber laman web, mengawalselia blog atau menyediakan backup.

WordPress juga mempunyai ciri keselamatan tetapi memandangkan ia adalah self-hosted, anda bertanggungjawab terhadap keselamatan dan backup laman web anda. Terdapat banyak plugin yang dapat membantu anda.

5. Sokongan

Blogger mempunyai sistem sokongan yang terbatas. Ia menyediakan dokumentasi dan forum pengguna yang asas. Dari segi sokongan, anda mempunyai pilihan yang terbatas.

WordPress mempunyai sistem sokongan komuniti yang kuat. Terdapat dokumentasi dan forum pengguna di mana anda boleh mendapatkan bantuan pembangun laman WordPress sekiranya anda menghadapi sebarang masalah.

Kami harap perbandingan antara WordPress dan Blogger ini membantu anda memahami kelebihan dan kekurangan kedua-dua platform untuk membantu anda membuat keputusan yang terbaik untuk bisnes anda.