Hosting Untuk Laman Web Anda

Hosting Untuk Laman Web

Posted on

Dalam artikel pada kali ini kami akan terangkan berkaitan hosting untuk laman web.

Hosting atau server adalah diperlukan sekiranya anda ingin membina laman web menggunakan WordPress.

Pemilihan hosting adalah langkah kedua selepas anda membuat tempahan domain.

Baca: 5 Tips Pemilihan Domain Untuk Laman Web

Fungsi Hosting

Hosting adalah tempat di mana kita menyimpan segala fail laman web.

Ini termasuklah segala data, backup laman web, fail gambar dan segala isi kandungan laman web anda.

Anda tidak boleh memasang WordPress tanpa hosting. Hosting ini umpama rumah bagi domain anda. Laman web anda akan dihoskan oleh server bagi memastikan ia berjalan dengan lancar dan sempurna.

Hosting Untuk Laman Web Tempatan

Terdapat banyak syarikat tempatan yang menyediakan perkhidmatan hosting dengan harga dan kualiti yang berbaloi.

Berikut kami senaraikan beberapa perkhidmatan hosting yang sesuai untuk mereka yang baru hendak bermula dengan laman web menggunakan WordPress.

1. GB Network Solutions

GB Network Solutions adalah penyedia hosting kegemaran kami. Harga permulaan bagi shared hosting adalah RM 80 untuk setahun.

Bagi kami, harga ini tidaklah mahal bagi mereka yang baru hendak bermula bina laman web. Kualiti yang disediakan juga adalah yang terbaik di mana ia menggunakan teknologi Litespeed Web Server, antara yang terpantas di dunia.

Shared Hosting GB Network
Pelan Shared Hosting GB Network

Antaramuka yang disediakan juga amat ringkas dan mudah difahami. Bukan itu sahaja, anda juga boleh pasang skrip WordPress hanya dengan 1 klik sahaja menggunakan aplikasi SoftaCulous yang disediakan oleh GB Network.

Anda hanya memerlukan beberapa saat sahaja untuk pasang skrip WordPress. Anda tidak memerlukan sebarang kemahiran teknikal untuk membina laman web pertama anda.

Sekiranya anda mahu bina lebih daripada 1 laman web, anda tidak perlu melanggan pakej hosting yang berlainan. Anda boleh gunakan sekurang-kurangnya tiga domain di dalam satu hosting.

GB Network menyediakan pemasangan skrip SSL percuma. Skrip ini akan memastikan keselamatan laman web anda berada dalam keadaan sangat memuaskan.

Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah, GB Network menyediakan perkhidmatan sokongan yang terbaik. Setakat ini, kami sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan GB Network.

2. Serverfreak

Serverfreak merupakan antara penyedia hosting yang agak terkenal di Malaysia. Serverfreak adalah penyedia hosting premium yang menawarkan pakej hosting yang berbaloi.

Pelan Shared Hosting Serverfreak
Pelan Shared Hosting Serverfreak

Serverfreak menawarkan ciri yang lebih kurang sama dengan GB Network.

Cuma yang berbeza adalah dari segi kuota penyimpanan fail, pemindahan data dan jumlah domain dibenarkan yang kurang daripada GB Network.

Pakej asas Serverfreak tidak menawarkan pemasangan skrip SSL percuma. Anda perlu membuat pembelian berasingan sekiranya ingin menggunakan skrip SSL.

Perkhidmatan sokongan Serverfreak adalah agak bagus dan anda boleh menghubungi mereka pada bila-bila masa sekiranya menghadapi sebarang masalah.

3. NetKL

NetKL adalah penyedia hosting yang menawarkan pakej shared hosting yang paling murah di Malaysia.

Anda boleh melanggan pakej shared hosting dengan harga hanya serendah RM 60 setahun berserta dengan domain.

Pelan Shared Hosting NetKL
Pelan Shared Hosting NetKL

Walaupun NetKL menyediakan langganan hosting dengan harga paling murah, ia mempunyai beberapa kekurangan.

Dari segi kuota simpanan fail, RM 60 untuk 500 megabyte adalah tidak memadai bagi kami.

Kebanyakan laman web memerlukan sekurang-kurangnya 3 Gigabyte kuota simpanan fail.

Jika tidak cukup, anda boleh naiktaraf sedikit demi sedikit kepada pelan yang menawarkan kuota simpanan fail yang lebih banyak.

Hosting Untuk Laman Web Yang Sesuai

Berkenaan hosting mana yang sesuai untuk anda, tengok kepada bajet yang anda ada.

Sekiranya anda baru nak bermula, mulakan dengan pelan yang kecil dahulu.

Kami syorkan anda langgan daripada GB Network kerana anda akan dibantu sekiranya menghadapi sebarang masalah.

Bagi kami elemen yang terpenting dalam pemilihan hosting untuk laman web adalah khidmat sokongan.

Sekiranya berlaku apa-apa masalah, anda tidak akan keseorangan.