Sebab Perlukan Laman Web

7 Sebab Mengapa Anda Perlukan Laman Web

Posted on

Laman web akan menjadi satu keperluan sekiranya anda berada di dalam situasi yang tertentu. Ramai yang mengambil remeh akan perkara ini.

Bagi peniaga di atas talian, laman web adalah antara instrumen yang wajib dimiliki. Ia amat berguna untuk perniagaan atas talian dan bertindak sebagai kedai atas talian atau blog untuk memaparkan maklumat tentang bisnes anda.

Berikut kami kongsikan  7 sebab mengapa anda perlukan laman web.

#1 Meningkatkan Kredibiliti Bisnes Anda

Pada masa kini orang ramai menggunakan internet untuk mencari apa sahaja produk atau perkhidmatan yang mereka perlukan.

Anda boleh mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan lagi kredibiliti bisnes anda dengan menyediakan laman web khusus untuk bisnes anda.

Tanpa laman web, bakal pelanggan anda akan beralih kepada pesaing anda yang mempunyai laman web kerana pesaing anda dilihat mempunyai kredibiliti yang lebih tinggi daripada anda.

Sekiranya anda mempunyai laman web yang direka dengan cantik dan professional, bakal pelanggan anda akan menilai bisnes anda sebagai berkredibiliti tinggi.

Laman web amat sesuai digunakan buat mereka yang bekerja dari rumah dan tidak mempunyai pejabat sendiri.

Laman web akan menjadi kedai secara atas talian di mana pengunjung boleh masuk dan lihat produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.

#2 Jimatkan Masa Anda

Anda perlu habiskan banyak masa untuk menyediakan maklumat kepada bakal pelanggan melalui panggilan telefon, secara berhadapan atau melalui emel.

Dengan menyediakan katalog atas talian, anda boleh sediakan seberapa banyak yang mungkin maklumat produk atau perkhidmatan anda.

Masa anda dapat dijimatkan dan anda boleh luangkan lebih banyak masa bersama keluarga atau kawan-kawan anda.

Masa itu emas

Jadi, jimatkan masa anda dengan membina laman web bisnes anda sekarang.

#3 Pamerkan Hasil Kerja Anda

Tidak kiralah apa sahaja jenis bisnes, anda boleh pamerkan hasil kerja anda dengan medium laman web.

Anda boleh sediakan portfolio ataupun galeri gambar untuk ditunjukkan kepada bakal pelanggan anda.Bakal pelanggan anda boleh akses portfolio dan galeri gambar anda pada bila-bila masa yang mereka mahukan.

#4 Terokai Pasaran Yang Lebih Luas

Sama ada anda menyediakan produk atau perkhidmatan, laman web anda akan menjadi lokasi alternatif untuk produk dan perkhidmatan anda.

Laman web e-dagang adalah medium yang terbaik untuk menjual produk anda ke pasaran yang lebih luas. Perkhidmatan anda juga boleh dipasarkan ke pasaran luar.

Anda fikir mustahil untuk menjual produk dan perkhidmatan secara atas talian? Kini, rumah dan kereta juga telah dijual secara atas talian!

 Kereta Dijual Atas Talian
Kereta Dijual Atas Talian

#5 Boleh Diakses Pada Bila-Bila Masa

Sebuah laman web boleh diakses oleh pelanggan dan klien anda pada bila-bila masa sahaja.

Cuba bayangkan anda mempunyai sebuah kedai di mana kedai ini dibuka selama 24 jam dan 365 hari dalam setahun. Orang ramai berpusu-pusu masuk ke kedai anda setiap masa.

Begitulah yang bakal anda alami sekiranya anda mempunyai kedai atas talian. Tiada isitilah kedai tutup atau cuti.

#6 Automasikan Bisnes Anda

Pada era yang canggih ini, semua orang inginkan segala kerja diautomasikan. Ini termasuklah mereka yang membuat perniagaan secara atas talian.

Tahukah anda bahawa banyak kerja anda boleh diringakan sekiranya anda mempunyai laman web?

Anda harus mengambil peluang ini sekiranya anda seorang peniaga yang berpandangan jauh ke hadapan. Semakin hari teknologi semakin berkembang.

Dengan wujudnya laman web, urusan-urusan seperti penyediaan invois, sokongan khidmat pelanggan dan pembayaran dapat dilakukan secara atas talian dengan mudah.

Tiada lagi urusan secara manual. Hampir kesemuanya telah disetkan dalam sistem laman web agar beroperasi secara automatik setiap masa.

#7 Menyimpan Maklumat Pelanggan

Anda sudah penat menulis maklumat pelanggan di atas kertas?

Dengan adanya laman web, anda sudah tidak perlu berbuat demikian lagi. Semua maklumat pelanggan boleh disimpan dan dicetak hanya dengan sekali klik sahaja.

Dokumen-dokumen berkaitan perniagaan juga dapat disusun dengan kemas. Anda sudah tidak perlu serabut kepala lagi untuk membuat kerja-kerja ini secara manual.

Mula Bina Laman Web Sekarang

Kesimpulannya, laman web dapat membantu dari pelbagai aspek dalam kehidupan seharian terutamanya kepada para peniaga atas talian.

Sekiranya anda seorang peniaga atas talian yang serius ingin membawa bisnes anda ke tahap yang lebih tinggi, anda mesti memiliki laman web atau kedai online sendiri.

Jangan biarkan pesaing anda melintasi anda.

Anda boleh bina laman web anda sendiri secara percuma menerusi kursus online percuma WP Superstar.