5 Tips Pemilihan Domain

5 Tips Pemilihan Domain Untuk Laman Web

Posted on

Apa itu domain?

Domain adalah nama atau entiti bagi sesebuah laman web. Contohnya roketwp dot com .

Penting ke pilih domain yang sesuai untuk laman web?

Mengenai penting atau tidak memilih domain yang sesuai untuk laman web, kami akan jelaskan selepas anda baca 5 tips pemilhan domain untuk laman web di bawah.

#1 Senang Untuk Ditaip

Cuba anda fikirkan beberapa laman web yang popular di dunia. Apa yang anda terfikir?

Yahoo, Alibaba , Google, Facebook, Twitter dan lain-lain.

Satu ciri sama yang ada pada kesemua laman web ini adalah nama yang senang untuk dieja.

Pengunjung laman web anda seharusnya dapat menaip nama laman web anda tanpa sebarang masalah. Jika pengunjung memerlukan masa yang agak lama untuk menaip laman web anda, maknanya ia sukar untuk difahami.

Kami ada satu cara untuk pastikan domain yang bakal anda beli itu senang diingati atau tidak.

Beritahu kepada 10 orang kawan anda domain yang berpotensi untuk anda beli dan minta mereka eja semula domain tersebut.

Sekiranya susah bagi mereka untuk eja domain tersebut, anda perlu pertimbangkan domain yang lebih ringkas dan mudah dieja.

#2 Elakkan Simbol Dan Nombor

Penggunaan simbol dan nombor dalam domain menyebabkan ia susah untuk diingati.

Cuba anda bayangkan domain Google mempunyai simbol atau nombor. Google_ksa dot com. Kami pasti tiada siapa akan mengingati domain tersebut.

Domain anda mestilah unik tanpa simbol dan nombor.

#3 Fikirkan Untuk Jangka Masa Panjang

Sebelum memilih domain, anda perlu fikir dahulu.

Adakah domain tersebut sesuai untuk bisnes dan jenama anda untuk jangka masa yang panjang?

Ini amat penting kerana apabila anda mahu menukar domain pada masa hadapan, ia akan memakan kos yang sangat banyak serta menjejaskan kedudukan laman web di halaman Google.

Jadi apabila anda hendak memilih domain, fikirkan untuk jangka masa yang panjang.

Sebagai contoh, anda mempunyai syarikat yang fokuskan kepada pengiklanan Facebook. Anda boleh gunakan domain “Fbadvert.com”.

Tetapi sekiranya anda merasakan syarikat anda berpotensi untuk berkembang ke dalam bidang pemasaran digital yang lebih umum seperti pengiklanan Google, anda harus pertimbangkan untuk gunakan domain yang lebih umum.

#4 Senang Untuk Disebut

Sepertimana sesuatu domain itu mudah ditaip, ia juga mestilah mudah untuk disebut.

Ini akan memudahkan pengunjung anda kongsikan nama laman web anda kepada kawan-kawan mereka dan bakal pelanggan secara dari mulut ke mulut.

Domain Mudah Disebut

Anda boleh gunakan cara yang sama sepertimana anda minta 10 orang kawan untuk mengingati domain tersebut.

Tulis domain di atas kertas dan minta mereka sebut domain tersebut. Sekiranya susah untuk disebut, anda boleh tukarkan kepada domain yang lebih ringkas dan mudah disebut.

#5 Gunakan Domain Name Generator Untuk Mencari Idea

Sekiranya anda ketandusan idea untuk memilih domain yang sesuai untuk laman web anda, anda boleh cuba gunakan beberapa domain name generator.

Aplikasi ini akan cadangkan beberapa domain yang bersesuaian dengan niche bisnes anda.

Berikut adalah beberapa domain name generator yang biasa digunakan.

  1. Lean Domain Search
  2. DomainHole
  3. Wordoid

Kelima-lima tips di atas boleh anda gunakan untuk memilih domain yang sesuai untuk laman web anda.

Berbalik kepada penting atau tidak pemilihan domain yang sesuai untuk laman web anda.

Bagi kami, pemilihan sesuatu domain adalah SANGAT PENTING. Ini kerana ia bakal menunjukkan sama ada jenama anda senang dikenali atau tidak.

Semua orang inginkan laman web mereka dikenali ramai supaya laman web mereka dapat digunakan untuk sesuatu yang lebih menguntungkan.

Anda pernah dengar berkenaan sebuah blog Malaysia dibeli dengan harga jutaan ringgit? Oh Bulan telah dibeli pada harga yang agak tinggi disebabkan oleh trafiknya yang banyak.

Tetapi yang membawa kepada banyaknya trafik itu sebenarnya adalah disebabkan oleh namanya yang senang diingati oleh orang ramai di samping sentiasa memaparkan artikel-artikel yang panas dan popular.

Jadi bagi anda, adakah penting pemilihan domain yang sesuai untuk sesuatu laman web? Tepuk dada tanya selera.